Monday, June 28, 2010

BERAPAKAH NILAINYA 'AGAMA'?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada seorang raja yang faham agama telah menghantar anaknya kepada seorang ustaz untuk belajar agama. Anaknya itu pula ditakdirkan Allah adalah seorang yang bebal & lemah pemahamannya. Ustaz itu selalu memberitahu raja bahawa anaknya tidak mampu untuk belajar agama, tetapi Raja itu menjawab:

Raja : Tidak mengapa, jika anak itu tidak dapat belajar agama kerana bebal, maka teruskan sahaja mengajar hingga tamat.

Ustaz itu pun terus mengajar anak itu. Apabila anaknya tamat belajar, Raja sangat gembira dan berkata sesuatu kepada anaknya itu...

Raja : Beritahulah satu masalah agama.

Anak : Saya tidak ingat apa-apa.

Raja : Cakaplah apa pun yang kamu ingat.

Setelah berfikir lama, anaknya bercakap hanya mengenai satu masalah fiqh iaitu tentang haid. Diterangnya beberapa cabang masalah dalam hkum tersebut.

Raja : Alhamdulillah.. walaupun daku harus menghabiskan semua kekayaan kerajaanku untuk kamu dapat belajar hanya satu masalah daripada ilmu agama, itu tetap suatu keuntungan...(the end)

Firman Allah Subhanahu Wataala:
27:15

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (An-Naml-ayat 15)

Dari Abu Zar, Rasulullah telah bersabda: Wahai Aba Zar, sepagi kamu mempelajari satu ayat dari kitab Allah, adalah lebih baik dari kamu bersolah seratus rakaat nafil, dan jika kamu mempelajari satu bab dari kitab Allah, (samada kamu dapat amal @ tidak, adalah lebih baik dari kamu bersolah seribu rakaat nafil (Ibnu Majah).


........Sahabat-sahabatku, untuk mengajak manusia amalkan agama, pentingnya yang pertama sekali adalah menanamkan hakikat iman, fikir & risau akan akhirat serta sikap menghargai agama dalam diri mereka. Sekarang, jiwa manusia kacau kerana banyaknya masalah yang telah dicipta oleh tangan dan akal sendiri, kita banyak risau tentang harta yang tak pernah cukup-cukup, kita banyak risau tentang rumah kita yang belum dapat dibesarkan seperti istana, kita risau tak mampu beli kereta mewah dan perabot mahal-mahal seperti jiran sebelah rumah..betapa banyaknya fikir risau kita. Tapi adakah dalam akal fikiran kita terdetik perasaan risau tentang nasib kita di 'sana' nanti, sudah baikkah agama kita, sudah amalkah kita dengan ilmu yang kita telah dengar, belajar, baca & sampaikan itu. Ilmu yang bermanfaat itu ialah : ilmu yang berjaya kita laksanakan dengan istiqomah dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah, walaupun ilmu yang kita tahu & faham itu hanya sedikit cuma.

Allah adalah Maha Pemberi lagi Maha Pemurah, tetapi Dia juga mempunya harga diri. Dia tidak akan memberi agama kepada sesiapa yang tidak menghargainya. Hendaklah kita bermujahadah di jalanNya sebagai usaha memperbaiki agama kita, serta mempelajari agama dari para ulamak yang ahli/ yang haq dengan menghargai mereka, dan anggaplah mereka telah berbuat baik kepada kita. Rujuklah setiap masaail agama dengan mereka serta berpandukanlah Al-Quran & Sunnah. Dengan apa cara sekalipun, kita mesti menghormati & memuliakan mereka...

Setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, para sahabat Radhiyallahu Anhum merujuk kepada golongan sahabat yang dipercayai secara khusus oleh Baginda. Dan begitulah peringkat-peringkat seterusnya, sehinggalah agama telah sampai kepada kita hari ini. Begitu susah payahnya mereka untuk mensyiarkan agama kepada seluruh manusia. Tetapi kita, membaca sirah Rasulullah pun kita tak ada perasaan, jauh skali nak mengalir airmata. Jauh bezanya membaca novel cinta, menderu-deru airmata kita keluar sehingga memberi kesan mendalam dalam seluruh kehidupan kita. Adakah kita 'sampai hati' untuk mensia-siakan pengorbanan mereka (Rasulullah, sahabat & para alim ulamak)? Sedangkan kita merasakan diri kita sudah cukup & sempurna segalanya. MasyaAllah, begitu rendahnya kita. Tepuk dada, tanya IMAN...SESUNGGUHNYA AGAMA SANGAT TINGGI NILAINYA, TIADA TERHITUNG OLEH KITA!

Wallahu alam.

9 comments:

ahmad humairi said...

salam,

itulah yang selalu merisaukan kita yang lemah ini....anak-anak, isteri dan harta....ya Allah! janganlah kerisauan ini menggadai agamaku!!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...ckgu Humairi,

Alhamdulillah ckgu faham maksud ana dlm entry ni. Smoga Allah jinakkan hati smua umat nabi dgn agama. Ameen..

Captain said...

salam Aliaazuan,

Sungguh manfaat posting ini. kita sebagai ibubapa ingin sekali melihat anak-anak kita mendalami ilmu agama yg mana menjadi hasrat dari dulu lagi.

Walaupun terpaksa berkorban supaya kita tidak akan disoal nanti di akhirat apa yg kita lakukan sewaktu di dunia tentang didikan agama kpd anak-anak kita.

InsyaAllah setakat ini anak-anak capt walaupun bukan dlm agama tetapi mereka ditazkirah oleh capt. Ada yg boleh menghafal surah-surah almulk dan lain-lain.

Setiap kali selepas solat..hadiahkan kpd anak-anak alfatihah sebanyak 11 kali supaya hati mereka terang dpt menhayati surahx dan berdoa supaya mereka menjadi anak-anak yg soleh walaupun mereka bukan hafiz al-quran.

Jazakallah Khairan

ahLia shahril said...

salam... subhanallah.. sgt menarik perkongsian ini. kita skrg dok risau fikir esk nk makan ape anak masuk u mne. tp kurang risau anak masuk syurga atau sebaliknya kelak.hidayat xdatang bergolek.. kne doa.. tp org asyk doa utk murahkn rezeki. kurang doa hidayat utk dri sndri. apetah lg utk manusia sejagat. syurga itu indah lg indah dr seluruh isi dunia malahan berjuta2 kali lg indah. tp kita sume cbuk cr neraka =p

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt..

Alhamdulillah,itu la yang sbaik2nya. Jazakallahu khairan atas petua brguna drp Capt tu, smoga ibubapa di luar sana dpt mengamalkannya,insyaAllah.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Zainab,

InsyaAllah doa lagi dan lagi utk kbaikan kita dunia akhirat ya,di smping usaha.

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum alia :)

Perkongsian yg bermanfaat.
agama adalah nikmat.
nilaiannnya hanya tahu dirasai dan dihargai oleh mereka yg benar2 hayati erti agama sebenar.

CS said...

Assalamulaikum
Isi yg menarik..walau setiap hari inilah yg dimuzakarahkan bersama zauj...tp hati seorang insan ini masih lagi dipadatkan dgn fikir risau terhadap dunia...nikmat sementara yg xkan mampu menandingi nikmat abadi...duhai segumpal darah bernama hati..lunaklah...semoga Allah beri taufiq&hidayah pada kita utk amal dan sampaikan..doa hidayat utk umat!InsyaAllah!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Sidratul Muntaha,
Ya, benar...subhanallah.

Salam Cikgu Sue,
Ya, muzakarah iman yakin. Penting tuh buat hri2. Ckp lg & lg. moga Allah bg kkuatan utk ana. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails